Assalamualaikum
Maz
nak tanya semua orang. Berapa kali dalam
seminggu keluar makan bersama-sama sekeluarga? Seronok tak? Apa yang korang
bualkan dengan ahli keluarga yang lain? Mesti mesra kan? Sebab itu la tujuan
sebenar makan diluar sesama keluarga. Sekurang-kurangnya ayah dan ibu boleh
bertanya perihal anak-anak lantaran seharian bekerja. Jadi tidak la anak
rasa terabai.
Tapi
lain pulak yang jadinya sekarang ni. Zaman moden yang serba membangun seiring
dengan kemajuan alatan telekomunikasi yang canggih merampas kemesraan tu. Tiada
lagi pertanyaan si ayah kepada anaknya tentang hal ehwal disekolah. Tiada lagi
leteran ibu tentang adab semasa makan. Semua perhatian kepada ‘gadget’ yang
serba canggih. Perhatian untuk anak-anak semakin lama semakin terbiar.
Anak-anak melayan perasaan sendiri lantaran ibu dan ayah sibuk melayan kehendak
duniawi. Sepi mula berselubung. Hanya suara ibu yang memarahi anak-anak yang
bermain sehingga mengganggu pelanggan di meja sebelah.
Sedih.
Itu la situasi yang maz nampak di meja makan. Maz pergi makan di sebuah restoran. Terlihat sebuah keluarga dengan 3 orang
anak lelaki lingkuan 9-13 tahun. Ibu dan ayah sibuk dengan urusan duniawi
masing-masing. Mata sentiasa tertumpu pada smartphone sendiri. Anak-anak
terbiar tanpa perhatian. Apa tujuan keluarga ini makan diluar kalau dah masing-masing
dengan haluan sendiri. Meja makan seakan-akan sepi tanpa bual bicara.
Di meja makan la tempat kita mengeratkan
hubungan kekeluargaan. Jangan bazirkan masa dengan urusan duniawi yang bersifat
sementara. Kelak esok hari tiada pertanyaan khabar dari anak-anak, masa tu
menyesal tidak berguna lagi. Dan masa tu baru terasa nak menghantuk kepala di
dinding memarahi diri sendiri. Kenapa biarkan meja makan itu sepi. Kesudahannya
tiada lagi kemesraan yang diimpi. Kemesraaan itu dah semakin sepi.
Sesepi sebuah meja makan.
donia semakin canggih..masing2 dgnn hal sndiri
ReplyDelete
ReplyDeleteبِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِ
السلم عليكم ورحمة الله
tu lah dia...kadang2 dah sama-sama di meja makan pun tak berbual...masing-masing mengadap smartphone masing-masing.
kadang2 rasa macam nak humban je smartphone diaorang ni...