Followers

Friday, June 17, 2011

Aku Benci Belonnnn!!!!!

Assalamualaikum


Poommm!!! Panggg!!! Pommm!! Opocot kau meletup!! Benci benci benciii!!! Maz benci belon. Kalau meletup, boleh gugur jantung. Bunyi dah macam mercun bola. Kalau budak-budak yang main logik le jugak, ni kadang-kadang orang tua pun join venture. Tak terkejut ke dengar bunyi meletup macam tu, kalau orang sakit jantung kan ke membahayakan. Biasanya budak-budak la yang seronok bila sambut birthday dan setiap birthday party diorang mesti kena ada belon. Aduiihh, dah jadi macam adat la pulak mesti kena ada belon. Kalau takde tak lengkap majlis. Tapi nanti kalau future children maz, memang tak la maz nak bagi diorang main belon. Maz pisko diorang sikit . ' Nak mummy mati cepat ke?'. Agak-agak lepas tu diorang nak main belon lagi tak ?

Terkejut tau bila meletup belon tu. Nak-nak lagi belon yang jenis besar tu. Boleh pecah gegendang telinga tau. Kalau dah bunyi pun kuat macam tu, apa yang seronoknya. Memekakkan telinga ada la. Bahaya bila dengar sesuatu bunyi yang kuat macam tu, selain dari merosakkan telinga, boleh beri kesan pada jantung jugak. (Fakta di ambil dari ; klik sini )


Pencemaran bunyi boleh membawa kesan kepada kesihatan , salah satu ialah keupayaan mendengar akan menjadi berkurangan . Ianya terbahagi kepada dua iaitu Kesan Kepada Telinga (Auditory Effect) dan Kesan Di Luar Telinga (Non Auditory Effect) . Kesan Kepada Telinga pula dibahagikan kepada dua iaitu kesan semesta dan kesan kronik . Kesan Semesta disebabkan bunyi yang kuat iaitu melebihi 120 dB . Bunyi ini boleh menyebabkan pecah selaput tympanum , kerosakan tulang kecil pendengaran mahupun hilang pendengaran kekal . Kesan kronik pula ialah pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat ( > 85 dB – 5 tahun , > 8 jam sehari ) . Keadaan ini akan menyebabkan lebih tinggi frekuensi dan kerosakan koklia tinggi . Selain itu , Temporary Threshold Shift (TTS) ialah Threshold pendengaran tinggi semasa bekerja di tempat bising dan kembali asal setelah 12 jam keluar dari suasana bising . Keadaan ini akan membawa kesan kepada telinga . Kesan di luar telinga pula diahagikan kepada tiga . Pertama , kesan Fisiology. Ia dapat meningkatkan Tekanan darah melalui  galakan ANS (Autonomy Nerves System) ,  Meningkatkan Pergerakan Otot dan  Meningkatkan pergerakan gastrik . Kedua , kesan Psychosomatic . Kesan ini bolen membawa kepada sakit kepala, pening, loya, muntah , Nystagmus , pergerakan mata tak dapat dikawal . Ketiga , kesan tingkahlaku . Kemungkinan akan menyebabkan mutu kerja dan kecekapan seseorang menurun . Selain itu , seseorang juga akan cepat letih , mudah marah ,gangguan saraf dan ketegangan .
Pencemaran bunyi dapat memberi kesan kepada jantung. Dalam pemikiran, apabila berlaku pencemaran bunyi ini akan menyebabkan kerosakan gegendang telinga sahaja . Ini turut memberi kesan pada organ-organ yang lain. Fakta kajian mendapati bunyi siren, hon kereta dan aliran trafik dalam tempoh yang lama di luar rumah boleh menyebabkan seseorang menghadapi risiko tinggi diserang sakit jantung . Selain daripada itu , pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah menggangu persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising dan melampau37. Pencemaran bunyi menyebabkan keadaan persikitaran sangat bising dan menjadikan kehidupan manusia serta hidupan lain terganggu. Haiwan terpaksa berhijrah ke habitat baru yang lebih senyap . Ini akan menyebaban gangguan ekosistem dan memberi masalah kepada manusia juga.

Dah tau apa effectnya sekarang? So, still nak main belon lagi??



5 comments:

  1. alamak...ye ke? tapi awe main belon buih jerk..heheh

    ReplyDelete
  2. tak suka tiup belonnnnnnnnnnnnnnn,uwarrrr T_T

    ReplyDelete
  3. seriaw....haha.belon punca kematian =)

    ReplyDelete
  4. phentermine.......

    People generally have this notion that loosing weight through just diet pill will be easy, but that's not so. Diet pill works well if a person consumes low-fat diet and has a habit of working out regularly. Simply popping diet pill and waiting for miracle to happen within weeks or months will only give you pain. Loosing weight is slow process that requires time and commitment, but then you really feel proud about yourself when you see yourself in the mirror and say, "Is this me." .........

    http://www.phenterminehome.com/

    ReplyDelete