Followers

Wednesday, May 11, 2011

Kata - Kata Hikmah..

Assalamualaikum


Sebelum ni maz postkan entry fakta auta part 1(sila klik), part 2(sila klik) dan part 3(sila klik) kan. Kalau terlepas, sila klik pada part-part pilihan anda ye. Kali ni maz postkan tentang kata-kata hikmah dari luar negara. Kata-kata hikmah ni tak lain tak bukan maz dapat dari majalah kesayangan maz. Mastika la, apa lagi kan. Hehehe. Jangan kata maz copy paste ye, maz taip sendiri tau, copy info je. Tak salah kan?? Sekadar berkongsi...


* Barang siapa yang mengetahui bahasa sesuatu kaum, nescaya terlepaslah dia daripada ditipu oleh kaum itu. - Peribahasa Arab.

* Sifat baik ialah tidak pernah putus asa dan tidak pernah gentar - Marsekal Foch.

* Kalau kita memerintah kekayaan, kita menjadi kaya dan bebas. Kalau kekayaan memerintah kita, kita akan jadi miskin - Edmund Burke

* Kekayaan menarik sahabat-sahabatmu, kemiskinan menjadi penolaknya.

* Jangan tertawa melihat orang jatuh kerana jarang seseorsng itu jatuh dengan sengaja kerana ia sakit. Tetapi bersyukurlah kepada Tuhan, jika tidak jatuh dalam perjalanan yang sulit.

Ni antara kata-kata hikmah yang tak pernah kita terfikir kewujudannya, tapi bila kita dengar, kita akui kebenarannya. Fikirkan bersama..

No comments:

Post a Comment