Followers

Tuesday, September 17, 2019

Prihatinkah Kita?

Assalamualaikum..

Percaya takkalau maz kata ada di antara kita terdiri daripada golongan yang pentingkan diri sendiri atau dalam kata yang paling mudah difahami, selfish. Mungkin bukan semua tapi ada sebahagiannya. Paling ketara  nampak selfishnya bila dalam tren.




Dah terang-terang ada signboard priority tempat duduk adalah untuk wanita mengandung, orang tua, orang kurang upaya dan yang mempunyai anak kecil. Tapi dari pemerhatian maz sepanjang maz menaiki tren pergi dan balik kerja. Ramai yang tak peduli signboard tu. Kadangkala orang yang sarat mengandung terpaksa berdiri akibat ketiadaan seat kosong, sedangkan yang memenuhi seat tu adalah golongan yang mampu untuk berdiri sepanjang perjalanan. Tak kurang jugak bagi golongan tua yang terpaksa berdiri sepanjang perjalanan sedangkan pada masa yang sama golongan yang muda gagah perkasa bersenang lenang duduk pada seat tu. Yang lain tak perlu maz rungkaikan, sama saja situasinya.

Dimana sifat prihatin kita? Hilang? Atau memang kita tak berhati perut langsung sampai sanggup tengok golongan-golongan di atas berdiri sedangkan kita duduk selesa bersilang kaki pada seat tu. Macammana kalau kita berada di tempat mereka? Mesti kita marahkan? Mesti kita akan terfikir, seat tu khas untuk orang macam aku. Tapi kenapa mereka tak endahkan aku? Itulah perasaan mereka.

Prihatin la terhadap golongan ni. kalau bukan kita, siapa lagi. Esok lusa giliran kita pulak. Hidup umpama roda. Lambat laun apa yang mereka rasa kita akan rasa jugak...

Wassalam...

3 comments: