Followers

Friday, January 28, 2011

Erti Sebuah Kehidupan..

Assalamualaikum


Balik dari kerja tadi, macam-macam senario gelagat manusia singgah di mata. Dalam perjalanan yang pendek tu, bermacam-macam kerenah dipamerkan oleh insan sekeliling. Kelihatan seorang bapa membawa bakul berisi nasi lemak di kiri kanan tangannya, menjaja dari sebuah kedai ke sebuah kedai mencari sesuap nasi cukup meruntun hati, cekal seorang bapa mencari rezeki halal demi keluarga tercinta memberi pengajaran kepada maz tentang semangat juang dalam hidup demi mencapai sebuah kebahagiaan. Tanpa segan silu si bapa bertanya dari seorang ke seorang samada mahu membeli nasi lemak yang dijual, bila orang itu menggeleng, si bapa masih lagi mampu tersenyum. Mungkin di fikirannya, tidak mengapalah, bukan rezeki aku hari ini. Namun si bapa tidak berputus asa, berpindah ke tempat lain menjaja nasi lemak dengan harapan ada yang membeli. Senario tu maz tinggalkan di situ.


Berjalan ke hadapan sedikit kelihatan anak-anak remaja bergaul lelaki dan perempuan, berpeleseran tanpa arah tujuan. Yang menyedihkan, tersisip di celah jari anak-anak ini sebatang rokok yang masih berkepul asapnya. Tanpa rasa malu atau mungkin berasa bangga dan merasakan diri mereka telah dewasa, mereka menghisap rokok dikhalayak ramai. Bukankah anak-anak ini tempatnya sepatutnya di rumah, mengulang kaji pelajaran atau membantu ibu bapa menguruskan rumah dan adik-adik? Pemandangan ini mungkin biasa pada orang lain. Tapi bukan pada maz. Perasaan sedih tu tak dapat diusir tatkala melihat perjuangan si bapa mencari sesuap nasi dan marah bila melihat anak-anak remaja ini mensia-siakan usia remaja dengan perkara tidak berfaedah.


Perasaan bercampur baur. Namun inilah yang hakikat yang perlu ditelan. Kehidupan yang semakin beranjau onak dan duri. Setiap langkah yang dimulakan akan berakhir dengan sesuatu yang kita tak terduga. Sebelum melangkah, fikirkan dulu kebaikan keburukan apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Siapa kita akan datang bermula dari langkahan pertama kita sekarang. Renungkan.

5 comments:

  1. mengingatkan anis tentang pengorbanan ibu bapa dlm membesar dn mendidik anak2 mereka...

    ReplyDelete
  2. huhuhu...sedey lagi entry kali nie....

    ReplyDelete
  3. pengorbanan seorang ayah ... teringat kat arwah ABAH ..

    ReplyDelete
  4. dunia kian moden. macam2 perangai pelik manusia yang berlaku di luar sana..

    ReplyDelete